Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat gerai penjaja sempena Majlis Pelancaran Platform Selangor (PLATS) 2.0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Batu Caves pada 11 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Hampir 8,000 peniaga sertai program PLATS 2.0, perluas rangkaian jualan secara maya

SHAH ALAM, 18 MAC: Seramai 7,742 peniaga berdaftar dalam Platform Selangor (Plats) 2.0 sejak inisitif diperluas kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) itu pada 11 April tahun lalu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata angka direkod sehingga 31 Disember tahun lalu hasil usaha pasukan Rakan Digital Selangor yang turun ke lapangan bagi menggalakkan penglibatan golongan terbabit.

“PLATS adalah sebuah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan bukan hanya kepada peniaga pada Ramadan tetapi sepanjang masa pengoperasiannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Amirudin berkata platform tersebut diperkenal bagi membantu meningkatkan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) khususnya penjaja serta peruncit negeri ini.

“Inisiatif digitalisasi adalah solusi kepada permasalahan ini dan kita menyediakan platform khas buat peniaga untuk meneruskan perniagaan mereka serta memperluaskan rangkaian jualan,” katanya.

PLATS diperkenal Ramadan pada dua tahun lepas bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor membabitkan usahawan melalui satu platform digital.

Pada 11 April tahun lalu, PLATS 2.0 dilancarkan bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja.

 


Pengarang :