Orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan pada program Jualan Prihatin Rakyat DUN Sungai Tua di Taman Gombak Permai, Gombak pada 13 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan ayam murah di Bukit Beruntung dan Batang Kali pagi ini

SHAH ALAM, 20 MAC: Orang ramai boleh terus mendapatkan bekalan barangan asas pada harga lebih murah melalui Program Jualan Prihatin Rakyat di dua lagi lokasi hari ini.

Lokasi berkenaan ialah di hadapan pejabat MK Land, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan tapak bersebelahan Petronas, Bandar Utama Batang Kali dari 9.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Produk yang ditawarkan antaranya ayam standard berharga RM12 seekor, daging pejal segar (RM35 perkilogram), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM8 per pek).

Sebelum ini, EXCO Pertanian Ir Izham dilaporkan menjangka program tersebut diadakan di 64 kawasan seluruh negeri bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Jelasnya, inisiatif pada setiap hujung minggu berlangsung sehingga Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan beberapa barang keperluan harian lain ditambah jika terus mendapat sambutan.

Sebanyak 10,000 ayam, 3,100kg daging segar, 6,200kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur gred B disasar untuk dijual sepanjang program berkenaan.


Pengarang :