Orang ramai beratur untuk membeli barang keperluan harian pada Program Jualan Prihatin Rakyat di Jalan Pandan 8, Pandan Jaya pada 12 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan telur, ikan segar murah di Seri Kembangan dan Saujana Puchong pagi ini

SHAH ALAM, 19 MAC: Orang ramai boleh mendapatkan bekalan barangan asas pada harga rendah melalui Program Jualan Prihatin Rakyat di empat lokasi selama dua hari mulai pagi ini.

Lokasi terlibat meliputi Pangsapuri Kampung Aman 1, Seri Kembangan dan SP3 Saujana Puchong pada Sabtu mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Manakala pada Ahad pula di hadapan pejabat MK Land, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan tapak bersebelahan Petronas, Bandar Utama Batang Kali dari 9.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Produk yang ditawarkan ialah ayam standard berharga RM12 seekor, daging pejal segar (RM35 perkilogram), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM8 per pek).

Sebelum ini, EXCO Pertanian Ir Izham dilaporkan menjangka program tersebut diadakan di 64 kawasan seluruh negeri bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Jelasnya, inisiatif pada setiap hujung minggu berlangsung sehingga Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan beberapa barang keperluan harian lain ditambah jika terus mendapat sambutan.

Sebanyak 10,000 ayam, 3,100kg daging segar, 6,200kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur gred B disasar untuk dijual sepanjang program berkenaan.

Foto Facebook Izham Hashim

Pengarang :