Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menggulung usul titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam sidang Dewan Negeri Selangor pada 18 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Dana RM128 juta bantu syarikat terjejas, elak lebih 50,000 pekerja dibuang

SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan Negeri membelanjakan RM128 juta tahun lalu bagi membantu kelangsungan pendapatan lebih 50,000 pekerja di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata pelaburan dana itu melibatkan pinjaman kepada lebih 1,500 syarikat termasuk agensi persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat kerajaan negeri serta sektor swasta.

“Sebagai contoh lebih 3,000 pinjaman sektor pengilangan untuk kelangsungan operasi syarikat selain pelbagai kemudahan-kemudahan tertentu dilakukan untuk manfaat pelbagai pihak,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian ketika menggulung titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Selangor Advance berkonsepkan Tawarruq diperkenal pada 2020 dengan dana permulaan RM100 juta bagi membantu Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdepan kesan ekonomi akibat pandemik.

Pada Jun 2021, Dato’ Menteri Besar mengumumkan pula dana tambahan sejumlah RM200 juta untuk program Selangor Advance demi mengukuhkan daya saing perniagaan dam menyelamatkan syarikat dan pekerja.

Beliau berkata jenis pinjaman ditawarkan antaranya pembiayaan rantaian bekalan atau kontrak am, jaminan bank dan surat jaminan kredit, surat akujanji, surat sokongan, modal pusingan serta pembiayaan bercagaran dan terjamin.


Pengarang :