Majlis Berbuka Puasa Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Pemimpin Masyarakat (Pengerusi MPKK dan Ahli Majlis PBT) di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 15 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

700 pemimpin masyarakat dirai, berbuka puasa bersama MB

SHAH ALAM, 15 APRIL: Seramai 700 pemimpin masyarakat seluruh Selangor dirai dalam majlis berbuka puasa bersama Dato’ Menteri Besar, hari ini.

Majlis melibatkan ketua kampung dan ahli majlis itu diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir pada majlis yang bermula jam 6.30 petang itu.

Sebelum berbuka hadirin juga mendengar tazkirah ringkas bertajuk Santapan Minda – Jiwa Pekerja oleh ketua bimbingan haji dan umrah Zaheen Travel, Mohd Nizam Kamaruzaman.

Selesai berbuka puasa, Amirudin dan hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.


Pengarang :