ADN Balakong Wong Siew Ki bercakap kepada media selepas menyerahkan kad sim percuma di Pusat Khidmat ADUN Balakong Taman Kasturi, Kajang pada 26 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Balakong anjur saringan kesihatan percuma, terbuka 40 tahun ke atas

SHAH ALAM, 18 APRIL : Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong menganjurkan program saringan kesihatan secara percuma pada 22 Mei depan.

Wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata program itu akan diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Balakong, mulai jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 40 tahun ke atas dan merupakan penerima bantuan keluarga Malaysia (BKM).

“Kita menganjurkan aktiviti saringan ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) supaya mereka tahu keadaan kesihatan diri sendiri,” katanya di Facebook.

Individu atau keluarga yang berminat untuk menyertai program tersebut, boleh mendaftarkan diri melalui pautan https://forms.gle/MANtNd7GZTguNMy87 sebelum 2 Mei ini.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-9075 0331 atau 03-9076 0331.

 


Pengarang :