Orang ramai diingatkan untuk lebih berwaspada dan tidak terpengaruh dengan iklan dalam media sosial yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jangan terpedaya laman sesawang palsu Bank Negara

SHAH ALAM, 17 APRIL: Orang ramai diingatkan tidak terpedaya dengan laman sesawang palsu yang didakwa milik Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Macau Scam.

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police memaklumkan teknik penipuan adalah dengan memberi pautan kepada mangsa untuk masuk ke laman sesawang palsu BNM.

“Mangsa perlu memasukkan ID pengguna, kata laluan, nombor kad ATM, nombor pin dan lain-lain maklumat. Mangsa turut diarah untuk memberikan nombor TAC yang diterima.

“Mangsa dilarang untuk akses ke akaun bank sehingga diberitahu. Sedar-sedar, duit di dalam akaun bank telah tiada,” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, mangsa penipuan biasa diberitahu terlibat dengan kes jenayah berat seperti penggubahan wang haram atau kes dadah.

“Untuk siasatan, mangsa diarah memberi kerjasama dengan memberikan maklumat terperinci akaun bank yang dimiliki bagi menyiasat punca wang yang dimiliki oleh mangsa.

“Jika tidak mangsa diugut akan ditangkap dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police juga menyenaraikan tip bagi mengelak diperdaya pihak berkenaan, antaranya:

  1. Pihak berkuasa tidak menjalankan siasatan melalui panggilan telefon.
  2. Pihak polis tidak akan beri amaran tangkapan akan dibuat bila.
  3. Tiada sisasatan pihak berkuasa yang meminta butiran perbankan.
  4. Jangan tekan pautan yang diterima daripada nombor yang tidak dikenali. Pautan tersebut kemungkinan mengandungi ‘malware’ yang mampu mengambil maklumat di telefon bimbit anda.
  5. Semak dengan pihak berkenaan atau hubungi CCID Scam Response Center untuk pertanyaan lanjut.
Foto Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Pengarang :