Mais mengagihkan sumbangan fidyah kepada 230 keluarga yang layak di daerah Klang dan Petaling Jaya pada 4 April 2022. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais agih sumbangan barang makanan, manfaat 230 keluarga

SHAH ALAM, 4 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini mengagihkan bayaran fidyah kepada 230 keluarga di Klang dan Petaling Jaya.

Agensi itu memaklumkan seramai 114 keluarga dari Klang manakala 116 keluarga bagi Petaling Jaya melibatkan jumlah sumbangan RM23,000.

“Setiap keluarga menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100.

“Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi Facebook.

Agihan fidyah itu disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais antaranya Masjid As-Salam, Puchong dan Surau Abbas, Kampung Delek, Klang.

Mais turut mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah dan berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan bebanan penerima.

Kepada individu yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah boleh membuat secara dalam talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php


Pengarang :