Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan bersama Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) di Hangar Sektor Teknologi Automotif STDC, Kuala Selangor pada 13 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Pusat kemahiran negeri dibuka di Shah Alam, lahir ramai pekerja mahir

KUALA SELANGOR,13 APRIL: Kerajaan Negeri bakal membuka Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di Seksyen 7, Shah Alam pada pertengahan tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata institusi tersebut melatih pekerja mengenai teknologi terkini bagi mengisi keperluan bidang berkemahiran tinggi yang sangat diperlukan sektor industri di negeri ini.

“STDC di sini (Kuala Selangor) kebanyakan permulaan atau mengaplikasikan keperluan harian, tetapi STDC di Shah Alam melatih lebih ramai pelatih mengenai kemahiran serta teknologi tinggi.

“Kita ada kerjasama dengan banyak pihak dan akan maklumkan sekitar Jun atau Julai,” katanya selepas ditemui dalam Majlis Jalinan Ukhuwah Ramadan di STDC Kuala Selangor hari ini.

Terdahulu, Amirudin meluangkan masa berbuka puasa bersama 330 kakitangan dan pelajar STDC.

STDC merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat.

Pada Ogos 2020, Kolej Antarabangsa INPENS yang bertempat di Kuala Selangor dijenamakan semula sebagai STDC bagi memperkasakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).


Pengarang :