Ustaz bersama pelajar membacakan ayat suci al-Quran majlis khatam hafazan ketika Ijtimak Huffaz Selangor ke-15 anjuran Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) di Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor sokong program martabat al-Quran, bantu penghafal tingkat mutu bacaan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Kerajaan Negeri sentiasa menyokong program memartabatkan al-Quran seperti Program Ijtimak Huffaz Selangor Ke-15 anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas).

EXCO Hal Ehwal Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata penganjuran program seperti itu membantu dan memberi galakan kepada penghafaz al-Quran mengulangkaji serta membaiki bacaan.

“Malah, penganjuran kali ke-15 ini memperlihatkan kali pertama diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana penghafaz al-Quran membaca kitab suci tanpa henti selama 24 jam.

Exco Hal Ehwal Agama, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berucap ketika Ijtimak Huffaz Selangor ke-15 anjuran Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) di Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Ini usaha yang baik, bukan hendak menunjuk tetapi merupakan satu inisiatif positif dalam memberi rangsangan kepada pihak lain supaya terlibat dalam meningkatkan mutu bacaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Ijtimak Huffaz Selangor Ke-15 di Dewan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Terdahulu, Pitas menerima pengiktirafan MBOR menerusi Program Ijtimak Huffaz Selangor Ke-15 untuk rekod pembacaan al-Quran tanpa henti secara dalam talian selama 24 jam.


Pengarang :