Permaidani baharu yang dipasang di Masjid Bandar Baru Ampang. Foto Facebook LZS
AGENDAAGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Zakat Selangor biayai kos ganti permaidani, penduduk lebih selesa beribadah

SHAH ALAM, 17 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bantuan bernilai lebih RM66,000 kepada Masjid Bandar Baru Ampang bagi membiayai kos menggantikan permaidani yang diguna sejak 2008.

Menerusi perkongsian di Facebook, LZS berkata, permaidani itu sudah mula mengeras, rosak dan kotor berikutan kegiatan yang sering dijalankan di masjid berkenaan.

“Keadaan permukaan permaidani yang mula rosak menyebabkan timbul rasa kurang selesa kepada jemaah untuk beribadah.

“Justeru, pada Disember 2021 Lembaga Zakat Selangor meluluskan permohonan pihak masjid dan kerja pemasangan berjaya dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Menurut LZS, proses pemasangan permaidani berkenaan berjaya disiapkan sebelum Ramadan dan ia memberi manfaat kepada penduduk sekitar Bandar Baru Ampang bagi menyemarakkan bulan mulia ini.


Pengarang :