SHAH ALAM, 23 MEI: Jangkitan harian Covid-19 turun bawah paras 2,000 kes semalam kepada 1,817 kes, berbanding 2,021 kes hari sebelumnya.
Berdasarkan data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 4,491,320 kes dengan 26,511 daripadanya adalah kes aktif.
Daripada jumlah kes aktif tersebut, sebanyak 25,366 kes atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 1,087 kes dirawat di hospital, 40 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 18 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).
Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian baharu setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik tersebut sebanyak 35,643 kes.