Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (SERVE) 2022 di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK, Shah Alam pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Debat Anwar-Najib di Matic Kuala Lumpur pada 12 Mei

SHAH ALAM, 6 MEI: Debat perdana antara ketua pembangkang dan bekas perdana menteri pada 12 Mei ditetapkan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan bersama dibuat pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak, pemilihan lokasi itu hasil perbincangan kedua-dua pihak.

Program bermula 9 malam itu akan disiar secara langsung melalui saluran televisyen serta media sosial yang akan diumum nanti.

Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli mencabar Najib berdebat berhubung isu Sapura Synergy.

Cabaran dibuat selepas Najib menggesa kerajaan menyelamatkan syarikat itu yang mencatatkan kerugian lebih RM8 bilion selain isu gaji lumayan ketua pegawai eksekutifnya.

Najib kemudian menyahut cabaran debat Rafizi tetapi perlu disertai Anwar.


Pengarang :