Tadika rakyat percuma DUN Sentosa dilancarkan ADN Sentosa Dr G Gunarajah pada 24 April 2022. Foto Dr G Gunarajah
ADNSELANGOR

DUN Sentosa perkenal tadika percuma untuk kanak-kanak B40

SHAH ALAM, 19 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa memperkenal tadika rakyat percuma kepada golongan (B40) dalam memastikan kanak-kanak itu tidak ketinggalan dalam mendapat pendidikan awal.

Wakil rakyatnya berkata inisiatif itu diambil berikutan terdapat ibu bapa yang menghadapi kekangan kewangan tidak dapat menghantar anak-anak ke tadika terutama di peringkat usia empat dan lima tahun.

“Kebiasaanya enam tahun baru mereka masuk ke tadika, jadi golongan ini terlepas beberapa perkara yang sepatutnya mereka pelajari lebih awal lagi.

“Jadi kita perkenal tadika ini yang terletak di Taman Sentosa. Setakat ini lebih 80 kanak-kanak telah masuk ke kelas pada hujung April lalu,” kata Dr G Gunarajah pada SelangorKini.

Beliau berkata sebanyak RM6,000 diperuntuk sebulan bagi kelancaran tadika berkenaan termasuk menyediakan sarapan pagi kepada semua kanak-kanak.


Pengarang :