Penguat kuasa KPDNHEP Selangor membuat pemeriksaan menerusi Ops Pantau serta pemeriksaan Skim Harga Maksimum Hari Raya Puasa 2022 di pasar awam Fama Selayang Baru pada 5 Mei 2022. Foto Facebook KPDNHEP Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KPDNHEP Selangor kompaun peniaga gagal pamer tanda harga

SHAH ALAM, 6 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Gombak mengeluarkan kompaun terhadap seorang peniaga kerana gagal mempamerkan tanda harga.

KPDNHEP Selangor memaklumkan pemeriksaan menerusi Ops Pantau serta pemeriksaan Skim Harga Maksimum Hari Raya Puasa 2022 dilakukan di pasar awam Fama Selayang Baru, semalam.

“Peniaga ini gagal meletakkan tanda harga pada barangan jualan dan kita mengenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Justeru, KPDNHEP Selangor menegaskan kepada semua peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ketika musim perayaan.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang,” katanya.


Pengarang :