Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina Parti KEADILAN Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chyun, Petaling Jaya pada 13 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB ucap Selamat Hari Guru, doakan pengorbanan pendidik dihargai

SHAH ALAM, 16 MEI: Dato’ Menteri Besar merakamkan penghargaan kepada semua guru yang meraikan Hari Guru pada hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari mengakui besar pengorbanan guru terutama di era pandemik yang melanda negara sejak dua tahun lalu.

“Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan mulia yang bergelar guru khususnya di Selangor.

“Betapa besar pengorbanan tenaga pengajar terutama di era pandemik, sentiasa istiqamah dalam mendidik anak bangsa,” tulisnya di Twitter.

Beliau turut mengharapkan segala usaha yang dilakukan para guru dihargai semua pihak.

“Semoga segala titik peluh mereka dihargai dan dihayati. Selamat Hari Guru,” katanya.


Pengarang :