Pancuran air berirama pelbagai warna di Tasik Shah Alam ketika tinjauan pada 28 Mac 2021 bakal menghidupkan suasana pada waktu malam. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA: Pancuran air berirama lagu raya bermula esok di Shah Alam

SHAH ALAM, 5 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan persembahan pancuran air berirama di Laman Budaya di sini sempena Aidilfitri bermula esok.

Majlis memaklumkan pancuran Cahaya Aidilfitri pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad terbahagi kepada dua sesi iaitu 9 hingga 9.30 malam dan 9.45 hingga 10.15 malam.

“Orang ramai dijemput hadir menyaksikan persembahan pancuran air berirama bertemakan lagu raya bagi menyemarakkan lagi suasana hari raya,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pancuran air berirama di Taman Tasik Shah Alam antara daya tarikan terbaharu di bandar Shah Alam sejak tahun lalu.

Persembahan pancuran air setinggi 40 meter dilengkapi dengan sistem diod pemancar cahaya (LED) dan audio itu turut diadakan ketika Ramadan.


Pengarang :