ADNBERITA UTAMASELANGOR

Saringan kesihatan percuma DUN Ijok di SJK(C) Yuk Chih, Bestari Jaya esok

SHAH ALAM, 21 MEI: Penduduk Ijok dijemput menyertai progam saringan kesihatan (Selangor Saring) di SJK(C) Yuk Chih, Bestari Jaya esok.

Program percuma anjuran Kerajaan Negeri bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu khusus untuk penduduk Selangor.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Sebanyak RM3.4 juta diperuntuk Kerajaan Negeri bagi melaksanakan program Selangor Saring yang menumpukan saringan penyakit seperti jantung, kencing manis, kanser dan glaukoma.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program itu dijangka memanfaatkan 39,000 rakyat Selangor terutama golongan berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga, berat badan berlebihan dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

 


Pengarang :