EXCO Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah ketika ditemui Bengkel Mencanting dan Mewarna Batik Selangor Motif Bunga Tanjung di lobi Muzium Sultan Alam Shah pada 2 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kapal korek bakal jadi tarikan baharu pelancongan di Selangor

SHAH ALAM, 3 JUN : Kerajaan Negeri berjaya memperoleh kapal korek antara terbesar di dunia melalui Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dengan kos lebih RM10 juta.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah berkata kapal korek dengan berat melebihi 6,000 tan itu bakal dijadikan muzium bersejarah di negeri ini tidak lama lagi.

“Kita kini dalam proses membaik pulih kapal korek ini dan berhasrat mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO (Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

“Jadi, MPSepang diminta bekerjasama dengan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) supaya kapal korek ini dapat dijadikan aset pelancongan sekali gus membangunkan kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Sehari Mencanting dan Mewarna Batik Selangor Motif Bunga Tanjung di Muzium Sultan Alam Shah di sini semalam.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor bercadang mahu menjadikan kapal korek di Dengkil sebagai muzium bersejarah sekali gus menjadikan ia sebagai tarikan baharu pelancongan kepada orang ramai.


Pengarang :