Wakil KDEB Waste Management menyerahkan tiga tong kitar semula untuk kegunaan Asrama Damai Rumah Anak-Anak Yatim Kuang di Rawang. Foto Facebook KDEBWM
AGENSISELANGOR

KDEBWM anjur program kitar semula bersama anak yatim

SHAH ALAM, 12 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyerahkan tiga tong kitar semula untuk kegunaan penghuni Asrama Damai Rumah Anak-Anak Yatim Kuang di Rawang.

Menurut KDEBWM sumbangan itu disampaikan pada 9 Jun lalu dan ia diharap memberi manfaat kepada pengurusan dan pelajar asrama berkenaan.

“Semoga dengan sumbangan tong ini dapat memberi manfaat kepada pihak pengurusan dan pelajar asrama ini untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat,” katanya di Facebook.

Program kesedaran pengurusan sisa pepejal dan 3R bersama anak yatim di Asrama Damai Rumah Anak-Anak Yatim Kuang, Rawang pada 28 Mei 2022. Foto Facebook KDEBWM

Terdahulu pada 28 Mei lalu KDEBWM menganjurkan program kesedaran pengurusan sisa pepejal dan 3R bersama anak-anak yatim di asrama terbabit dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Antara aktiviti yang dijalankan pada program itu adalah penghasilan beberapa kraftangan tong kitar semula menggunakan bahan terpakai.

“Beberapa aktiviti berkaitan kitar semula telah dijalankan dengan jayanya termasuk taklimat 3R dan penghasilan beberapa kraftangan tong kitar semula menggunakan bahan-bahan terpakai,” katanya.


Pengarang :