Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dr Ahmad Shahir Makhtar (tengah) bergambar bersama guru pembimbing asnaf mualaf pada majlis Sambutan Hari Guru khusus untuk golongan itu pada 20 Jun 2022. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS rai 182 guru pembimbang mualaf, 18 terima anugerah cemerlang

SHAH ALAM, 20 JUN: Seramai 182 guru pembimbing mualaf dirai dalam majlis Sambutan Hari Guru khusus buat mereka yang mendidik golongan asnaf itu mengamalkan ajaran Islam.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata pada majlis anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu seramai 18 guru pembimbing menerima anugerah prestasi cemerlang.

“Dalam majlis ini juga, LZS memberikan sumbangan berbentuk saham wakaf kepada tiga guru pembimbing yang telah meninggal dunia sepanjang perkhidmatan.

“Sumbangan ini disampaikan kepada waris guru yang turut hadir,” tulisnya di Facebook.

Majlis dirasmikan Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Muhamad Asmadi Mustakim.

Dalam majlis yang sama, LZS menganjurkan slot motivasi kepada guru pembimbing mualaf bertajuk ‘Psikologi Pendidikan Mualaf dalam Mendepani Cabaran Kontemporari’.


Pengarang :