PBTSELANGOR

MPKL: Pindah baki nilai kupon parkir boleh dibuat hingga 29 Jun

SHAH ALAM, 14 JUN: Pemegang kupon gores parkir di kawasan Kuala Langat masih boleh memindahkan baki nilai kredit ke aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) sehingga 29 Jun ini.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan pemegang kupon perlu hadir ke pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk berbuat demikian.

“Jangan biarkan ia luput dan tidak boleh digunakan. Tukarkan ia menjadi nilai kredit di aplikasi Smart Selangor Parking anda.

“Anda masih boleh berbuat demikian sebelum 30 Jun 2022 dengan hadir ke bahagian tempat letak kereta MPKL, Jalan Suasa Banting,” kata agensi itu di Facebook.

MKL turut mengingatkan orang ramai supaya membawa kupon yang masih belum digores ketika berurusan nanti.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-31811809 atau 012-3004897.

Setakat 18 April lalu sebanyak 57,518 kupon parkir gores ditukar kepada e-kupon melibatkan transaksi hampir RM40,000.

Pemegang kupon kertas gores perlu mendaftar sebagai pengguna SSP untuk memindahkan baki nilai kupon kepada kredit mulai 26 Mac.

Inisiatif itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan pengguna yang berdepan kerugian berikutan penguatkuasaan sistem berkenaan.


Pengarang :