Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memeterai jalinan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) sambil disaksikan EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud (dua, kanan) di KIP Hotel, Selayang pada 15 Jun 2022. Foto Anis
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yawas dan jabatan pendidikan bekerjasama, giatkan program anak istimewa

SHAH ALAM, 15 JUN: Lebih banyak program anak istimewa bakal dianjurkan susulan kerjasama yang dimeterai Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), hari ini.

Ketua jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) berkata antaranya Program Cikgu Anis yang merupakan inisiatif membentuk pembangunan guru menggunakan kaedah baharu dan bersesuaian dengan cabaran di sekolah.

“Mendidik serta meningkatkan tahap anak istimewa ini adalah tugas berat yang ditanggung para guru.

“Maka Kerajaan Negeri melalui Yawas mengambil inisiatif membantu para guru di lapangan dengan memperkemas pengetahuan serta kemahiran sedia ada,” kata Danial Al-Rashid Haron menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata jalinan berkenaan turut sepakat mewujudkan pusat sokongan anak kelainan upaya (OKU) berumur 18 tahun ke atas yang berdepan masalah pembelajaran.

Sementara itu Danial berkata majlis di KIP Hotel Selayang itu disempurnakan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud dan dihadiri seramai 97 guru.


Pengarang :