Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam program Khayra Ummah sempena Jelajah Selangor Penyayang di Masjid Jamek As-Solihin, Kuala Langat pada 25 Jun 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Bicara khas ilmu agama di Masjid Jumhuriah Taman Dato Haron esok

SHAH ALAM, 23 JULAI: Program khas ilmu agama, Bicara Khayra Ummah diteruskan lagi esok di Masjid Jumhuriah Taman Dato Haron, Petaling Jaya.

Program bermula 7 malam menampilkan Exco Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam slot Bicara Khas dengan tajuk Kasih Keluarga, Negeri Penyayang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut dijadual hadir memberi ucaptama dalam majlis bersempena karnival Jelajah Selangor Penyayang di Petaling.

Sebelum ini, karnival sama berlangsung di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat dan Stadium Utama Kuala Selangor dengan ketiga-tiganya mendapat sambutan menggalakkan.

Program berkenaan bakal berakhir di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai.

Siri jelajah berkenaan dianjur khusus bagi memperkenalkan Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang mengantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai rakyat memperoleh manfaat.


Pengarang :