Kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Langat mengangkut sampah yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab di Jalan Utama Klang-Banting, Sungai Sedu. Foto MPKL
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

523 kes denggi di Kuala Langat, penduduk diminta hapus tempat pembiakan Aedes

SHAH ALAM, 23 JULAI: Sebanyak 523 kes denggi dilaporkan di kawasan Kuala Langat sehingga 21 Julai lalu, kata Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

MPKL dalam perkongsian di Facebook memaklumkan sebanyak 10 lokasi wabak denggi dikenal pasti di sekitar Kuala Langat.

“Daripada 10 lokasi berkenaan terdapat dua lokaliti titik panas (hotspot) iaitu Pangsapuri Impian, BSP dan Taman Rambai Indah.

“Baki lapan lagi lokaliti dianggap terkawal iaitu Taman Desawia, Taman Jaya utama Zon 3; Jalan SP4, BSP; Taman Seri Telok Datok, Taman Seri Putra Zon 2 (Seluang), Taman Jaya Utama Zon 2, Pangsapuri Seri Saujana, BSP dan Jalan BSP7, BSP,” katanya.

Oleh itu, MPKL meminta kerjasama orang ramai untuk meluangkan masa selama 10 minit setiap minggu untuk memastikan sekitar kawasan kediaman tidak mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

Sementara itu, dalam perkongsian lain, pihak berkuasa tempatan itu berkata, satu operasi membersihkan sampah dijalankan di sepanjang Jalan Utama Klang-Banting, Sungai Sedu semalam.

“Selain membersihkan kawasan di sepanjang laluan Jalan Utama Klang-Banting, Sungai Sedu, MPKL turut memasang tali halangan bagi mengelakkan kegiatan membuang sampah berulang.

“Justeru, MPKL meminta orang ramai supaya tidak membuang sampah merata-rata kerana kebersihan adalah tanggungjawab bersama,” katanya.


Pengarang :