Peserta Program Usrah Perdana Mualaf mendapatkan khidmat bantuan guaman syarie percuma yang disediakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Geno Hotel pada Program Usrah Perdana Mualaf pada 30 Julai 2022. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais sedia khidmat guaman percuma, kendali 13 jenis kes syariah

SHAH ALAM, 31 JULAI: Orang ramai khususnya pemastautin negeri ini yang layak boleh mendapatkan bantuan guaman syarie percuma yang disediakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Majlis menerusi Facebook berkata khidmat itu disediakan Bahagian Undang-undang Syariah yang akan mengendalikan 13 jenis kes melibatkan undang-undang syariah.

Mereka yang ingin mendapatkan info lanjut bantuan berkenaan boleh layari laman sesawang bantuan guaman syarie.

Semalam, Mais membuka kaunter khidmat nasihat guaman syarie di Hotel Geno pada Program Usrah Perdana Mualaf.

Kes syariah yang dikendali unit tersebut:

  • Tuntutan pengesahan lafaz cerai
  • Permohonan pengesahan ruju’
  • Tuntutan penceraian
  • Tuntutan fasakh
  • Tuntutan pengesahan cerai taklik
  • Tuntutan khuluk/tebus talaq
  • Tuntutan sabitan nusyuz
  • Permohonan wali hakim/am
  • Tuntutan wali enggan/engkar
  • Permohonan faraq nikah
  • Pengesahan nikah
  • Permohonan pengesahtarafan anak
  • Permohonan/tuntutan kebenaran poligami (defendan sahaja)

Pengarang :