Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
AGENDANASIONAL

Mantan MB Selangor Khalid Ibrahim dirawat di ICU

SHAH ALAM, 23 JULAI: Mantan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Menerusi Facebook, perkara itu dimaklumkan mengenai keadaan beliau yang sangat sensitif terhadap persekitaran luar selain pihak hospital mengenakan tatacara operasi piawai (SOP) sangat ketat dengan jumlah pelawat terhad kepada ahli keluarga sahaja.

“Bagi pihak Tan Sri Abdul Khalid, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ke atas doa tidak putus-putus dari teman-teman dan seluruh rakyat Malaysia demi kesembuhannya.

“Kami dan pihak keluarga menerima banyak permohonan dari teman-teman rapat untuk berziarah bagi memberi kata-kata semangat dan sokongan. Kami amat menghargai hasrat dan niat teman-teman sekalian,” katanya.

Dalam masa sama, pihak keluarga Abdul Khalid meminta diberikan ruang kepada mereka ketika berhadapan situasi itu dan memohon orang ramai berdoa agar kesihatan beliau pulih seperti sedia kala.


Pengarang :