Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Najmuddin Jemain ketika melepaskan kakitangan yang menyertai misi bantuan banjir di Baling, Kedah pada 6 Julai 2022. Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

MPKj hantar kakitangan bantu mangsa banjir di Baling, Kedah

SHAH ALAM, 7 JULAI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menghantar kakitangan bagi membantu operasi membersihkan kawasan terjejas akibat banjir di Baling, Kedah baru-baru ini.

Sesi pelepasan misi bantuan banjir itu disempurnakan oleh Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain di pekarangan Menara MPKj semalam.

Menurut MPKj misi berkenaan adalah satu inisiatif yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan itu bagi membantu mangsa banjir di kawasan terbabit.

“MPKj menghantar sekumpulan kakitangan ke Baling, Kedah. Mereka akan mengadakan misi pembersihan kawasan yang terjejas dengan banjir.

“Semoga perjalanan mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar,” katanya di Facebook.

Kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku pada Isnin lalu mengorbankan tiga mangsa manakala tujuh rumah musnah dihanyutkan arus deras selain kira-kira 70 rumah rosak akibat bencana itu.


Pengarang :