Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap merasmikan Simposium Pra-Pelancaran Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Rancangan Selangor Pertama pacu ekonomi dengan terperinci

SHAH ALAM, 27 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tanjong Karang menyifatkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dibentang hari ini  memacu pertumbuhan ekonomi dengan baik dan terperinci.

Menyifatkan RS-1 menyentuh pelbagai aspek pembangunan secara komprehensif, Ketua Cabangnya Yahya Mat Sahri berkata pembentangan itu membantu  mempercepat proses pemulihan ekonomi pascapandemik.

Beliau juga berbangga berikutan Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki pelan pembangunan negeri sendiri untuk tempoh lima tahun ke depan iaitu sehingga 2026.

“Kami amat mengharapkan kesemua perancangan ini bukan sahaja cantik di atas kertas, bahkan turut diteliti daripada sudut pelaksanaan dan pengoperasiannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Buat julung kali dalam sejarah negeri ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentang RS-1 pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Pelan berkenaan menggariskan 14 petunjuk makro bagi mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kualiti kehidupan rakyat.


Pengarang :