Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan dikemukakan wakil rakyat dalam sidang Dewan Negeri Selangor pada 25 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Usul pindaan bagi permudah salur bantuan untuk rakyat

SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato’ Menteri Besar hari ini membawa usul pindaan terhadap 12 akaun amanah dalam sidang Dewan Negeri Selangor bagi melancarkan proses penyampaian bantuan kepada orang ramai.

Akaun itu antaranya rumah mampu milik, bantuan pembinaan masjid dan institusi Islam, pakej rangsangan ekonomi, tabung bencana dan program Inisiatif Peduli Rakyat yang disusun semula sebagai Iltizam Selangor Penyayang.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan usul itu bertujuan membenarkan sejumlah dana diletak ke dalam satu akaun amanah mengikut Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi memudahkan pelaksanaan program untuk rakyat.

Beliau menambah Kerajaan Negeri sebelum ini tidak boleh berbuat demikian tanpa meminda seksyen berkenaan kerana sebahagian besar sumber kewangan bukan hasil wang disatukan.

“Ia (dana) datang dari anak syarikat, sumbangan dan persendirian supaya dapat bantu Kerajaan Negeri pada masa itu atau akan datang untuk laksanakan program yang terkandung bawah 12 akaun itu,” katanya.


Pengarang :