AGENDANASIONAL

Wanita, lelaki persenda Islam dituduh di mahkamah

SHAH ALAM, 12 JULAI: Seorang wanita yang direman kerana disyaki mengina Islam di sebuah kelab komedi di ibu negara baru-baru ini akan dituduh di mahkamah.

Menurut Setiausaha Polis Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, tindakan sama turut dikenakan ke atas seorang lelaki yang dikaitkan dengan wanita berkenaan, lapor Astro Awani.

Beliau menjelaskan kertas siasatan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara dan arahan untuk menuduh kedua-dua individu tersebut telah dikeluarkan.

“Kertas siasatan polis telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara pada 12 Julai 2022 (Selasa) dan mendapat arahan untuk penama wanita dituduh di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Penama lelaki pula akan dituduh bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita bertudung dan berbaju kurung mendakwa dirinya menghafaz 15 juzuk al-Quran lalu menanggalkan pakaian tersebut.

Tindakan wanita itu yang hanya meninggalkan pakaian mencolok mata mendapat pelbagai reaksi warganet.


Pengarang :