Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan jangkitan cacar monyet sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa pada 23 Julai 2022. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Warga Malaysia tinggal di Singapura disah positif cacar monyet

SHAH ALAM, 7 JULAI: Seorang warga Malaysia yang bermastautin di Singapura menjadi kes pertama jangkitan tempatan cacar monyet.

Kementerian Kesihatan republik itu dalam kenyataan berkata lelaki berusia 45 tahun ini disahkan dijangkiti wabak berkenaan semalam, lapor Berita Harian.

“Mangsa menyedari kesan luka pada kulit di kawasan perutnya pada 30 Jun lalu dan seterusnya mengalami keletihan dan bengkak kelenjar limfa pada 2 Julai lalu.

“Ini diikuti demam dan sakit tekak pada 4 Julai lalu, mendorongnya mendapatkan rawatan, di mana ujian seterusnya mengesahkan jangkitan cacar monyet,” kata kementerian itu.

Tambahnya, mangsa kini stabil dan menerima rawatan di wad Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) di Singapura.

Lelaki terbabit juga dimaklum tiada kaitan dengan kes cacar monyet import yang diumumkan di republik itu pada 21 Jun lalu.

 


Pengarang :