Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika berucap ketika sidang kedua Konvokesyen Kolej Universiti Islam Selangor pada 15 Ogos 2022. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

1,889 graduan terima diploma, ijazah dalam konvokesyen ke-25 Kuis

SHAH ALAM, 17 OGOS: Seramai 220 graduan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) menerima ijazah dan diploma masing-masing pada sidang kedua konvokesyen yang berlangsung Isnin lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook Majlis Agama Islam Selangor memaklumkan sidang kedua Konvokesyen Kali Ke-25 Kuis itu dirasmikan oleh Pengerusinya Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Ketika berucap, beliau menyatakan ucapan tahniah kepada kesemua 1,889 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dan menerima ijazah serta diploma sepanjang majlis konvokesyen tahun ini.

“Saya dan seluruh warga kerja Mais dan Kuis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian.

“Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh tenaga pengajar universiti yang sentiasa menyumbang tenaga dan bakti dalam melahirkan generasi cemerlang,” katanya ketika berucap merasmikan sidang kedua konvokesyen itu.

Seramai 27,365 graduan Kuis berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang sejak 1998.


Pengarang :