Ibu bapa membawa anak-anak beriadah di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor pada 11 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

3,943 kes baharu, empat kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 13 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 3,943 kes semalam berbanding 4,831 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak  4,728,168 kes dengan 45,375  daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 43,701 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,577 kes menerima rawatan di hospital, 66 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 31 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara sebanyak 63.6 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 17.7 peratus.

Empat kes kematian dilaporkan semalam termasuk satu kes di luar hospital, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik 36,070 kes.

 


Pengarang :