Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) antara yang akan diperkenalkan dalam Karnival Jelajah Selangor Penyayang yang dijadualkan di Hulu Langat pada 19 Jun 2022. Foto ARKIB SELANGORKINI
ADNSELANGOR

84 penduduk DUN Pandamaran terima bantuan bulanan RM300

SHAH ALAM, 24 OGOS: Sebanyak 333 permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) diterima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran setakat ini.

Wakil rakyat Leong Tuck Chee berkata bagaimanapun hanya 84 penduduk sahaja yang layak menerima bantuan berjumlah RM3,600 setahun itu.

“Sebanyak 171 permohonan terpaksa ditolak atas pelbagai faktor. Antaranya adalah bukan golongan B40 dan bukan pengundi Pandamaran.

“Baki daripada permohonan itu masih dalam pertimbangan berikutan dokumen yang diberikan tidak lengkap,” katanya kepada SelangorKini.

Bingkas dilancarkan pada akhir Jun menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) bakal memanfaatkan 30,000 keluarga membabitkan peruntukan RM108 juta.

Program yang merupakan sebahagian daripada 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang itu membolehkan penerima mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan atau RM3,600 setahun.


Pengarang :