Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) komited memperkasakan pendidikan kanak-kanak kelainan upaya dengan menubuhkan Pusat Prasekolah Khas Anis di Seksyen 7, Shah Alam. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anis dan Universiti Segi kerjasama bantu pengajian, persediaan OKU bekerja

SHAH ALAM, 24 OGOS: Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) bekerjasama dengan Universiti Segi bagi membantu orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran menyambung pengajian.

Agensi tersebut memaklumkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi juga membolehkan golongan berkenaan dibantu membuat persediaan memasuki bidang pekerjaan pada masa depan.

“Pendaftaran program ini telah dibuka, mereka yang ingin mendaftar mestilah menepati syarat-syarat kelayakan iaitu berusia 17 hingga 22 tahun dan belia yang mempunyai masalah pembelajaran.

“Selain pemohon adalah murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang boleh mengurus diri; boleh membaca, menulis dan mengira serta ibu bapa dan penjaga pemohon adalah pengundi Selangor,” katanya di Facebook.

Mereka yang berkelayakan boleh memohon di pautan https://docs.google.com/…/1uFTVHWdbesxRwQCDLM5hegB…/edit untuk mendaftar.

“Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 03-55453170 atau mesej secara terus di Facebook atau Instagram Anis,”katanya.

Pada 16 Ogos lalu, Kerajaan Selangor berhasrat mewujudkan pusat sokongan kehidupan berdikari (ILSC) di setiap daerah bagi memberi latihan dan kemahiran kepada oOKU berusia 18 tahun ke atas.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bagi mengenal pasti lokasi penubuhan pusat terbabit.


Pengarang :