AGENDAJENAYAH

Berang rambut dipotong, pelajar tingkatan tiga pukul guru guna penyapu

SHAH ALAM, 4 OGOS: Tidak berpuas hati apabila rambutnya dipotong, seorang pelajar tingkatan tiga bertindak memukul guru disiplin menggunakan penyapu semalam.

Ketua polis daerah Hulu Selangor berkata kejadian ke atas guru wanita berusia 52 tahun itu berlaku di sebuah sekolah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, lapor Harian Metro.

“Pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh. Dia kemudian bertindak memukul mangsa dengan batang penyapu.

“Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya,” kata Superintendan Arsad Kamaruddin.

Beliau berkata pelajar terbabit ditahan di rumahnya, bagaimanapun hasil ujian air kencing suspek adalah negatif selain semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

“Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga esok membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK),” katanya.


Pengarang :