Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika majlis penyampaian sumbangan insentif haji di Masjid Al Azim Pandan Indah, Hulu Langat pada 19 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Jemaah haji di DUN Permatang diminta mohon insentif sebelum 31 Ogos

SHAH ALAM, 10 OGOS: Seramai 10 penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang sudah memohon Insentif Haji Muassasah.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata daripada jumlah itu enam pemohon sudah menerima manfaat insentif itu sejak ia dibuka kepada jemaah haji.

“Jemaah haji diberi masa sehingga 31 Ogos ini untuk mengemukakan permohonan, jadi masih ada masa bagi mereka yang baru pulang dari menunaikan haji untuk memohon insentif ini.

“Pada masa sama kita turut menguar-uarkan insentif ini menerusi Facebook Pusat Khidmat DUN Permatang selain memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp kampung serta melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung,” katanya kepada Selangorkini.

Tahun ini, Insentif Haji Muassasah Selangor diteruskan dengan peruntukan sejumlah RM1.5 juta yang bakal memanfaatkan 3,000 jemaah.

Pemohon yang layak akan menerima wang tunai RM500 dan kit cenderahati mengandungi beg, cecair nyahkuman, losen, pelembap bibir, tuala muka serta tisu basah.

Antara syarat permohonan mestilah warganegara Malaysia, tawaran menunaikan haji pada tahun ini dan beralamat di Selangor atau mendaftar di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji.


Pengarang :