SHAH ALAM, 9 OGOS: Semua pihak diajak mengibar bendera Jalur Gemilang dan Selangor bagi menyemarak semangat patriotisme sempena sambutan kemerdekaan ke-65 peringkat negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi surat pekeliling memaklumkan bendera hendaklah dikibarkan di bangunan kerajaan dan swasta termasuk premis perniagaan, kuarters, sekolah serta tempat ibadah dengan nisbah yang simbang.
“Semua pihak dimohon untuk memastikan semua premis kerajaan, swasta dan persendirian turut menceriakan bangunan serta mengindahkan persekitaran dengan pemasangan lampu pada waktu malam.
“Logo dan tema sambutan kemerdekaan peringkat negeri boleh dimuat turun menerusi https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/5327 sebagai panduan,” kata Dato’ Haris Kasim.
.