Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Program jualan murah barangan asas lapan lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 26 APRIL: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijadual berlangsung di lapan hujung minggu ini.

Menurut poster di Facebook PKPS, Jualan Ehsan Rahmah (JER) pada esok diadakan di
Jalan Perling 1, Pantai Sepang Putra (Sg Pelek), Dewan Orang Ramai Sungai Manggis (Banting), Bangunan Kelab Sukan Pekerja Lombong Batu Arang (Rawang) dan Dewan Pinggir Tiga Jaya (Lembah Jaya).

Manakala pada 28 April (Ahad) jualan murah diadakan di Balairaya MPKK Kg Batu 13 (kajang), Dewan Palembang Kg Rantau Panjang (Sementa), tapak bola keranjang Kampung Baru Kundang (Kuang) dan Kg Batu Tiga Jalan Bangi (Semenyih).

Inisiatif jualan murah itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :