Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir (tiga, kiri) selepas merasmikan Ekspo Outdoor di Kompleks Sukan Kelana Jaya pada 5 Ogos 2022. Foto Facebook MBPJ
PBTSELANGOR

MBPJ: Ekspo kegiatan luar, lasak di Kompleks Sukan Kelana Jaya hingga esok

SHAH ALAM, 6 OGOS: Penggemar aktiviti luar boleh mengunjungi Ekspo Outdoor bertempat di Kompleks Sukan Kelana Jaya yang berakhir esok.

Majlis Bandaraya Petaling menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan ekspo bertemakan ‘Back to Nature’ itu menawarkan pelbagai barangan aktiviti luar seperti peralatan perkhemahan dan percutian.

“Ekspo ini amat sesuai bagi anda yang suka menerokai dunia luar kerana ia mengumpulkan pelbagai syarikat vendor di satu tempat.

“Selain peralatan perkhemahan, percutian dan melancong, ekspo ini turut disertai ejen pelancongan,” kongsi MBPJ.

Sementara itu, ekspo yang berlangsung mulai jam 8 pagi hingga 10 malam itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir semalam.

Untuk maklumat lanjut boleh laman sesawang https://www.outdoorexpo.my/event.


Pengarang :