Pengunjung cuba menggunakan mesin kitar semula ketika majlis perasmian Hari Terbuka @ PJ Eco Recycling Plaza sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 dan ulang tahun ke-16 Bandaraya Petaling Jaya di PJ Eco Recycling Plaza, Petaling Jaya pada 9 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBPJ laksana program pelupusan perabot sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 4 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan program pelupusan perabot sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut MBPJ menerusi program Spring Cleaning, orang ramai boleh meletakkan perabot atau barangan yang hendak dikitar semula di hadapan rumah mulai 20 Ogos hingga 11 September ini.

“Orang ramai diminta meletakkan perabot dan barangan yang hendak dikitar semula di hadapan rumah sebelum jam 10 pagi.

“Barangan yang diletakkan selepas waktu ditetapkan tidak akan dikutip oleh MBPJ,” kongsi MBPJ di Facebook.

Selain perabot, barangan lain yang dikutip secara percuma oleh MBPJ adalah produk elektronik dan pelbagai lagi barang lama.

Maklumat lanjut mengenai program itu boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal MBPJ di talian 03 79541440.


Pengarang :