Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof bersama Sukarelawan #Gerak23 melakukan aktiviti menampal lubang jalan raya kampung menghadapi masalah itu di DUN berkenaan. Foto Facebook Edry Faizal Eddy Yusof
PBTSELANGOR

MPKj pelawa penduduk sertai pertandingan kejiranan tercantik sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 9 OGOS: Penduduk di sekitar kawasan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 2 dipelawa menyertai Pertandingan Kejiranan Tercantik sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan pertandingan itu adalah anjuran bersama ahli Majlis MPP Zon 2 MPKj, Penggerak Belia Selangor (PEBS) N23 Dusun Tua dan Gerak N23.

“Pertandingan ini dibuka kepada kediaman yang terletak di dalam kawasan MPP Zon 2 MPKj sahaja.

“Ia berlangsung mulai 15 Ogos hingga 27 Ogos dan juri akan mengadakan lawatan pada 28 Ogos ini untuk membuat penilaian,” kata MPKj menerusi Facebook.

Katanya, tiga pemenang yang terpilih akan menerima plak penghargaan, sijil dan hamper.

Penduduk yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi http://www.wasap.my/60133210592 (Eyka) dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Ogos ini.


Pengarang :