Gambar hiasan menunjukkan tangkapan suspek. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Peniaga burger direman lima hari letak pengewap elektronik di mulut bayi

SHAH ALAM, 9 OGOS: Seorang peniaga burger yang meletakkan pengewap elektronik di mulut bayi perempuan berusia enam bulan direman lima hari bermula hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, perintah reman terhadap suspek berusia 23 tahun dikeluarkan oleh Majistret R Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Sebelum ini, ketua polis Johor Bahru Utara memaklumkan suspek ditahan ketika dipanggil memberi keterangan selepas menerima laporan daripada ibu kepada bayi tersebut.

Menurut laporan tersebut, pengadu sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda bersama anaknya iaitu bayi berkenaan, adik perempuan dan rakan lelaki adik perempuannya yang merupakan suspek.

“Suspek yang memangku bayi berkenaan ketika itu secara tiba-tiba meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi dan kejadian dirakam adik perempuan pengadu,” kata Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.


Pengarang :