Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat ketika memeriksa premis makanan di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 17 Ogos 2022. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Premis makanan gagal patuhi peraturan terima lima kompaun 

SHAH ALAM, 18 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan lima kompaun terhadap sebuah restoran di Telok Panglima Garang kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurut MPKL tindakan kompaun itu dibuat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Establishment Makanan (MPKL), Akta 133 serta Akta Jalan, Parit dan Binaan 1974.

“Kompaun dikeluarkan bagi memastikan pengusaha premis makanan sentiasa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan iaitu menyediakan perangkap minyak dan mendapatkan suntikan tifoid bagi semua pekerja.

“Selain itu, pemilik juga perlu menghadiri kursus pengendalian makanan, memastikan premis sentiasa bersih dan pekerja memakai pakaian bersesuaian,” kongsinya di Facebook.

Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan itu turut meminta kerjasama orang ramai supaya melaporkan mana-mana premis tidak bersih dengan menghubungi talian aduan 03-31803154 atau WhatsApp 012-3004847.


Pengarang :