Salman Rushdie. Foto wikipedia.org
AGENDANASIONAL

Salman Rushdie cedera ditikam ketika hendak berucap di New York

SHAH ALAM, 13 OGOS: Novelis kontroversi Salman Rushdie tercedera akibat diserang dan ditikam seorang lelaki ketika hendak memulakan ucapan di barat New York, Amerika Syarikat semalam.

Menurut laporan Associated Press, Rushdie, 75, ditikam di leher dan perutnya 10 hingga 15 kali oleh individu terlibat di Chautauqua Institution ketika diperkenalkan di atas pentas.

Berikutan itu, beliau dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan manakala penyerangnya ditahan di tempat kejadian.

Seorang doktor yang terlibat bagi membantunya menyifatkan kecederaan Rushdie sebagai ‘serius tetapi boleh dipulihkan’.

Rushdie, penulis novel “The Satanic Verses” pernah mencetuskan kontroversi dan mendapatkan ancaman bunuh daripada pemimpin Iran pada 1980-an.


Pengarang :