Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu Datuk Nooh Gadut (kanan) selepas pengurniaan watikah lantikan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 15 Ogos 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Sultan perkenan Noh Gadut ketuai jawatankuasa muzakarah MKI

SHAH ALAM, 15 OGOS: Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu.

Menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office memaklumkan pelantikan tersebut mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan berkuat kuasa bermula 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024.

“Hari ini, Baginda selaku Pengerusi MKI berkenan mengurniakan watikah pelantikan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dan menyaksikan majlis serah tugas daripada mantan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang juga Mufti Perak,” menurut kenyataan itu.

Nooh memegang jawatan sebagai mufti Johor yang ke-11 pada 1999 hingga 2008.

-BERNAMA


Pengarang :