AGENDANASIONAL

Wanita rentung kereta terbakar kemalangan

SHAH ALAM, 15 OGOS: Seorang wanita rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas berlanggar sebuah pikap di Jalan Nanga Menamit, Limbang, Sarawak pagi tadi.

Jurucakap Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9 pagi, lapor portal Berita Harian.

“Setibanya di lokasi, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang terus membuat kerja pemadaman sehingga api padam sepenuhnya.

“Selepas pemadaman selesai, pasukan bomba menemui seorang mangsa rentung dipercayai pemandu kereta Proton Saga,” katanya.

Beliau berkata setakat ini identiti wanita terbabit belum dikenal pasti manakala pemandu Hilux yang juga belum dikenal pasti identiti dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.


Pengarang :