Atlet luncur ais, Sree Abiraame B Chendren membuat persembahan luncur ais ketika Majlis penyerahan tajaan kepada atlet luncur ais berirama ke Sukan Olimpik musim sejuk 2030 di Sunway Pyramid Ice Rink, Petaling Jaya pada 26 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Atlet luncur ais hargai tajaan MBI realisasi hasrat ke Sukan Olimpik 2030

PETALING JAYA, 27 SEPT: Atlet luncur ais berirama berterima kasih atas tajaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dalam usaha memastikannya layak ke Sukan Olimpik musim sejuk 2030.

Sree Abiraame B Chendren, 10, mengakui tajaan RM30,000 itu dapat membantu beliau menjalani latihan dengan lebih baik di Korea Selatan bermula Oktober ini.

“Saya akan menjalani latihan bersama The Skating Club Jewels selama tiga tahun sehingga 2025 dan pastinya tajaan yang diterima hari ini adalah salah satu faktor saya dapat ke sana,” katanya.

B Chendren Balakrishnan

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini selepas menerima tajaan yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek di Sunway Piramid Hotel di sini, semalam.

Bapanya, B Chendren Balakrishnan juga merakam ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas sokongan diberikan kepada anak tunggalnya sejak mula didedahkan dengan sukan itu.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor menerusi MBI kerana menaja Sree Abiraame, sejak dia mula didedahkan dengan sukan ini pada 2015 sebanyak RM1.4 juta telah dibelanjakan.

“Daripada jumlah itu ada sebahagiannya daripada hasil bantuan dari Kerajaan Negeri, syarikat-syarikat dan ada juga dari simpanan kami,” katanya.

Atlet kelahiran Selangor itu setakat ini telah mengumpul lebih 50 pingat emas dalam pelbagai pertandingan dalam dan luar negara dengan terbaru merangkul trofi Tallin 2021 di Estonia pada November lepas.


Pengarang :