Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur bagi memberi penghormatan terakhir atas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 14 September 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Raja Muda beri penghormatan terakhir Ratu Elizabeth II di Suruhanjaya Tinggi British

SHAH ALAM, 14 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur bagi memberi penghormatan terakhir atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Tengku Amir Shah menzahirkan penghormatan baginda dengan menandatangani buku takziah sambil disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia H E Charles Hay.

“Bagi pihak keluarga, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan rakyat Selangor ingin merakamkan ucapan takziah kepada kerabat dan rakyat British atas kemangkatan Ratu Elizabeth II,” menurut kenyataan di Facebook Selangor Royal Office.

Baginda diiringi Yang Dimulia Engku Panglima Setia Diraja Syed Haizam Jamalullail dan Yang Dihormati Dato’ Lela Jasa Diraja Dato’ Richard Curtis.

Pada 9 September lalu, Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland dan dijangka akan disemadikan pada 19 September ini di London.

.


Pengarang :